Gara-gara panik, hampir RM100,000 lesap

Gara-gara panik, hampir RM100,000 lesap

Gara-gara panik, hampir RM100,000 lesap
Yaw Jin (kanan) bersama Chun Kuan pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Semambu, Kuantan, hari ini. – NSTP/KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN: Hasrat seorang jurujual lelaki untuk membeli kereta baharu tidak kesampaian apabila kerugian hampir RM100,000 akibat diperdaya sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dan bank.

Jurujual terbabit, Ng Yaw Jin, 58, berkata terdahulu beliau mengeluarkan RM60,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli kereta baharu jenis Perodua Myvi secara tunai.

Namun disebabkan proses tempahan kereta itu mengambil masa lama, katanya, beliau memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank sendiri.

Bagaimanapun pada 21 Disember lalu, katanya, beliau menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Individu itu mendakwa saya telah dikaitkan dengan sindiket pengedaran dadah dan semua wang simpanan akan dibekukan. Dia kemudian memberitahu akan membantu menyelesaikan masalah itu sebelum meminta saya berhubung dengan dua individu lain yang mendakwa sebagai pegawai tinggi polis dan pegawai di Bank Negara.

“Akibat panik, saya mengikut semua arahan diberi termasuk menyerahkan maklumat akaun bank dan nombor pengesahan transaksi (TAC), selain melakukan pemindahan wang ke satu lagi akaun bank sendiri.

“Saya hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang hampir RM100,000 di dalam akaun bank saya, termasuk RM60,000 yang dikeluarkan daripada KWSP, hilang pada 29 Disember lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Hasil pemeriksaan lanjut dengan pihak bank mendapati wang terbabit sudah dipindahkan ke akaun lain,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuan.

Susulan itu, Yaw Jin berkata, beliau tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari sama.

Peniaga nasi lemak melecur gara-gara paip gas bocor [VIDEO]

Gara-gara panik, hampir RM100,000 lesap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker