Hishamuddin perlu tegaskan pendirian

Adakah 'Surabaya Move' ada kaitan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Hishamuddin perlu tegaskan pendirian

Semakin menghampiri tarikh Persidangan Agung Umno 2022, suasana politik semakin hangat. Nama Hishamuddin Hussein Onn juga semakin disebut-sebut akan bertanding jawatan Presiden Umno kali ini. 

Agak menarik jika berlaku pertandingan 3-4 penjuru bagi jawatan Presiden Umno, namun Hishamuddin perlu tegaskan pendirian beliau samada mahu bertanding atau tidak pada kadar segera.

Dalam hal ini, Hishamuddin sebenarnya tidak mempunyai halangan besar memandangkan beberapa nama tidak ada dalam senarai untuk bertanding. Agak mudah sekiranya beliau terus menyatakan hasratnya dan mencari gandingan 1-2 bagi melengkapkan ‘Team H20’.



Namun setakat hari ini, Hishamuddin masih berdiam diri dan hanya mengelak dari menjawap persoalan yang dilontarkan media.

Sepatutnya Hishamuddin perlu lebih ‘berani’ tampil untuk menyatakan pendirian beliau dalam politik dan tidak sekadar menaikmuat video menyatakan kesetiaannya kepada Umno.

HISHAMUDDIN TERUS MEMBISU ISU AKUAN BERSUMPAH

Beliau juga masih perlu menjawap dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Hj Hadi Awang berkaitan ‘akuan bersumpah’ menyokong Perikatan Nasional ketika konflik penubuhan kerajaan berlaku sebaik PRU15 usai.

Apabila Lokman Adam mengejutkan banyak pihak dengan pendedahan ‘Surabaya Move’, Hishamuddin perlu keluar dari ‘kepompong’ segera.



Hishamuddin perlu tegaskan pendirian

Salah seorang yang disebut Lokman terlibat dalam ‘Surabaya Move’ ialah Dr Adham Baba, Ketua Umno Bahagian Tenggara.

Adham Baba dikenali sebagai sebahagian daripada ‘Team H20’ yang setia kepada Hishamuddin selain beberapa individu lain dari Johor.

Lokman Adam telah mendedahkan sebahagian gerak kerja ‘Team H20’ namun tidak dapat disahihkan apa yang didedahkan Lokman.

 

Selain nama Hishamuddin, ada kalangan ‘broker’ menggunakan nama besar yang lain untuk berada dalam ‘Team H20’ untuk menguatkan naratif mereka.

Menurut laporan beberapa portal berita, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hj Hasan turut tersenarai bagi merebut jawatan tersebut.

Namun begitu, nama beliau hanyalah sekadar ‘penyedap’ cerita sedangkan semua tahu untuk bertanding jawatan Presiden, mereka memerlukan satu nama besar sebagai batu loncatan.

Ini merupakan cara paling ‘jijik’ bagi mencatur politik dengan ‘menjual nama’ orang lain untuk memudahkan laluan sendiri.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker