Pelajar Tingkatan 6 rugi RM22,300 ditipu sindiket pelaburan

Pelajar Tingkatan 6 rugi RM22,300 ditipu sindiket pelaburan

Pelajar Tingkatan 6 rugi RM22,300 ditipu sindiket pelaburan
Foto hiasan

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Enam kerugian RM22,300 selepas terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan dalam satu skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pelajar perempuan berusia 19 tahun itu dikatakan melayari laman sosial Facebook pada 14 Disember lalu.

Beliau berkata, selepas dimasukkan ke dalam Telegram, suspek memaklumkan mangsa akan menerima pulangan yang lumayan dalam tempoh tiga jam sahaja.



“Mangsa memindahkan wang RM1,000 ke akaun suspek dan diberikan identiti (ID) serta kata laluan laman sesawang laman web pelaburan itu

“Di dalam akaun itu, mangsa mendapati pulangan sebanyak RM16,000, tetapi suspek meminta beberapa bayaran sebelum mangsa dapat mengeluarkan wang itu sehingga mengalami kerugian RM22,300.

“Siasatan mendapati, sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan yang juga wang pusaka arwah ibunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.



“Sekiranya ingin membuat pelaburan boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai langkah pencegahan daripada menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud,” katanya.

Student loses RM22,300 inheritance in β€˜get rich quick’ scam

Pelajar Tingkatan 6 rugi RM22,300 ditipu sindiket pelaburan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN



DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker