Ronaldo tiba di Arab Saudi

RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tiba di Riyadh menjelang pengumuman rasmi di depan ribuan pemyokong dekat kelab Arab Saudi, Al Nassr hari ini, selepas mengesahkan perpindahan mengejut dilaporkan bernilai lebih 200 juta euro (RM940.11 juta).

Pemain berusia 37 tahun itu, pemenang lima kali Ballon d’Or, mendarat di ibu kota lewat malam tadi menurut televisyen tempatan, Al Ekhbariya dan menginap di hotel mewah bersama pengiringnya.

“Dia membawa pasukan besar pembantu malah firma keselamatan,” kaa pegawai kepada AFP.



Ada tahap keselamatan tertentu sekitar lapangan terbang dan banyak kereta polis serta halangan dibuat.

Ronaldo, yang meninggalkan Manchester United selepas mengkritik kelab dalam temubual TV, akan tampil di stadium berkapasiti 25,000 tempat duduk milik Al Nassr, Stadium Mrsool Park dekat Riyadh pada jam 7 malam waktu tempatan hari ini kata pegawai.

Ronaldo yang menandatangani perjanjian hingga Jun 2025 hanyalah antara perkara baharu berlaku pada sukan tertinggi negara yang kaya dengan miyak itu, satu pergerakan bermula daripada Formula Satu, tinju dan golf selain pembelian kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United.



Al Nassr menjangkakan stadium akan penuh bagi acara memperkenalkan pemain itu menurut seorang pegawai yang enggan dikenali.

Ronaldo setakat ini adalah bintang terbesar akan bermain di Arab Saudi walaupun pemain lain seperti George Weah, Pep Guardiola adan Xavi juga ernah beraksi di negara Teluk yang kaya itu pada penghujung karier mereka.

Al Nassr, juara sembilan kali Liga Arab Saudi, melabelkan kedatangan Ronaldo sebagai “lebih besar daripada sejarah yang akan dicipta” sambil mendakwa ia akan memberi inspirasi kepada keseluruhan liga malah negara berkenaan.

Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal memohon supaya “menyokong keseluruhan kelab kami kerana perjanjian berkualiti dengan bintang antarabangsa tidak lama lagi.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button