Wanita ‘Psiko’ Tolak Budak Tiga Tahun Ke Landasan Kereta Api

Seorang wanita ditahan polis selepas bertindak kejam menolak jatuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke landasan kereta api.

Tolak budak jatuh ke landasan

Menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan orang ramai berada di platform Portland’s Gateway Transit Center MAX , Amerika Syarikat untuk menunggu ketibaan kereta api.

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berdiri di samping ibunya di platform berkenaan namun tiba-tiba seorang wanita, Brianna Lace Workman yang duduk di kerusi belakang bertindak menolak mangsa ke landasan kereta api berkenaan. Suspek kemudian dilihat duduk semula di kerusinya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Menurut sumber, kepala mangsa telah terhentak pada besi landasan namun mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Difahamkan, suspek yang berusia 32 tahun itu akan didakwa atas percubaan melakukan serangan, mengganggu pengangkutan awam, berkelakuan tidak senonoh dan membahayakan orang lain.



Seorang wanita ditahan polis selepas bertindak kejam menolak jatuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke landasan kereta api.

Sumber: Mirror UK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker