Wanita Tahan Sakit Lipas Terperangkap Dalam Telinga

Sebuah video yang dimuat naik di Instagram oleh fakta.indo memperlihatkan seorang wanita terpaksa mendapatkan rawatan telinga menjadi viral di media sosial.

Keluarkan lipas daripada telinga

Difahamkan, wanita terbabit telah dikejarkan ke hospital selepas seekor lipas memasuki telinganya. Dalam video berdurasi 9 saat itu, jelas kelihatan seorang jururawat berjaya mengeluarkan seekor lipas kecil daripada telinga wanita itu dengan menggunakan pengepit.

Menerusi kapsyen pada video tersebut, wanita berkenaan pada awalnya datang ke Instalasi Gawat Darurat (IGD) dan mengadu sakit pada telinga kanannya. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, rupa-rupanya terdapat seekor lipas terperangkap di dalam telinganya.

Perkongsian terbabit telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya cemas dan takut melihat kejadian itu. Malah, ada juga di antara mereka yang mempersoalkan bagaimana serangga itu boleh masuk ke dalam telinga.



Video

 

 

Sumber: Fakta Indo

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker