Cemburu dipercayai punca tukang masak maut kena bom

Cemburu dipercayai punca tukang masak maut kena bom

Cemburu dipercayai punca tukang masak maut kena bom
Polis memeriksa kejadian letupan daripada sebuah kotak di depan sebuah restoran di Pandan Indah yang menyebabkan seorang tukang masak maut. – Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes letupan bom buatan sendiri di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut, direman selama tujuh hari.

Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun ditahan di Serdang, Kedah, malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mereka kemudian terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.



Kedua-dua suspek terbabit direman bermula hari ini sehingga 10 Januari ini.

Cemburu dipercayai punca tukang masak maut kena bom
Kereta milik mangsa yang berlaku letupan berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang Jaya. – Foto PDRM

Setakat ini kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu lelaki yang ditahan terhadap mangsa.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak sebuah restoran di Pandan Indah, maut selepas membuka sebuah bungkusan yang diletakkan atas bonet keretanya.

Bungkusan berkenaan kemudian meletup secara tiba-tiba sebelum mangsa mengalami kecederaan serius pada badan dan tangannya.



Mangsa maut pada jam 9.50 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Terdahulu, sumber berkata polis memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan itu di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Setakat ini, daripada siasatan polis di tempat kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis percaya suspek kejadian letupan itu menggunakan bom buatan sendiri. Rumusan itu dibuat susulan penemuan objek tertentu di lokasi kejadian yang mana polis percaya ia adalah kandungan untuk menghasilkan bom.

Antara bahan yang ditemui adalah peranti powerbank, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri.

Polis turut tidak menolak kemungkinan ada lagi bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan letupan namun ia mungkin sudah hangus semasa kejadian.

Polis juga mengesyaki kemahiran membuat bahan letupan dipelajari menerusi media sosial.

 

Kes Rasuah Zeti hanya β€˜Tips of the iceberg” 

 

Cemburu dipercayai punca tukang masak maut kena bom


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya β€˜Tips of the iceberg” 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker