Mahathir , Muhyiddin pasti cari peluang ‘tawan’ UMNO guna Proksi.

Oleh Adam Malik

Tidak dapat disangkal lagi , UMNO ada lah parti terunggul dan terutama milik orang Melayu.

Suka atau tidak , UMNO terus menjadi tumpuan semua ahli politik dan rakyat Malaysia.

Tiada siapa peduli mahu ambil tahu berkenaan PEJUANG , BERSATU atau PAS secara amnya.



UMNO tetap jadi tumpuan para penyokong dan ‘haters’ sekali gus.

Sehingga kini masih belum ada Perdana Menteri yang ada datang dari parti selain UMNO .

Semua Perdana Menteri adalah dari UMNO atau bekas UMNO , dan yang pernah bersama UMNO.

Pemilihan kepimpinan UMNO kali ini (2023) sangat menarik dan sekaligus kritikal.



Ini kerana apa apa keputusan nya ada kaitan dengan ahli UMNO dan bukan ahli UMNO.

Jika tersilap plih , UMNO akan dibawa dan di usung ke pihak lawan untuk di baraikan.

Antara risiko mengadakan pemilihan parti kali ini ada lah ancaman pihak luar yang ada kepentingan hidup mati.

Selain menunggu PRU lagi Lima tahun, maka ada pihak melihat pemilihan kepimpinan UMNO ada lah pentas merubah kerajaan.

Cara nya mudah , ia itu tukar pucuk kepimpinan teratas UMNO supaya boleh merubah pendirianUMNO bertukar kerajaan.

Jika waktu ini kepimpinan UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju berganding dengan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan , maka jika pihak tertentu mampu tukar pucuk kepimpinan , maka peluang merubah kepada memilih kerajaan baru bergabung dengan Perikatan Nasional pasti cerah.

Cara merubahkan kedudukan ini ada lah dengan pihak seperti Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin memasang calon proksi yang pernah bekerjasama dengan mereka dalam kerajaan PN.

Dengan membantu kemenangan calon proksi , maka pendirian parti UMNO terhadap PH boleh ditukar kepada PN pula.

Opsyen kedua pula , ada lah jika tidak bawa UMNO kehaluan baru , maka kerja negosiasi untuk memastikan kerajaan Anwar/Zahid tidak membuka kes kes terhadap Mahathir , Muhyiddjn dan Kluster Broker.

Maka itu lah kepentingan yang dapat dilihat secara jelas berkenaan pemilihan UMNO dan sebab apa dipercayai kedua Mahathir dan Muhyiddin ada kepentingan.

Selain itu, harapan untuk menarik ahli UMNO masuk kedalam Parti Bersatu akan dapat terlaksana jika berjaya cetus perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan dimana calon calon yang diumpan itu kalah .

Ini semua antara sebab dipercayai Mahathir dan Muhyiddn sangat berminat masuk campur pada pemilihan UMNO kali ini.

Zahid Hamidi pula dilihat sebagai penghalang dan ‘spoiler’ kepada semua kehendak dan Hasrat pihak Mahathir dan Muhyiddin .

Apakah Mahathir , Daim dan Muhyiddin mahu berdiam diri saja untuk melihat diri mereka bakal didakwa?

Fikir hal ini sahaja sudah cukup untuk membenarkan teori bahawa mereka pasti akan masuk campur pada pemilihan UMNO kali ini.

Apa yang perlu, ahli UMNO perlu bijak sana untuk membuat pilihan yang betul.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker