Pengasas Big Blue Taxi didakwa tipu pembelian Alphard, guna Datuk palsu

Pengasas Big Blue Taxi didakwa tipu pembelian Alphard, guna Datuk palsu

Pengasas Big Blue Taxi didakwa tipu pembelian Alphard, guna Datuk palsu
Pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail

MELAKA: Pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membabitkan penipuan pembelian kereta mewah dan menggunakan gelaran palsu melibatkan kerugian berjumlah RM95,000.

Tertuduh berusia 57 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang mendorong beliau menyerahkan wang berjumlah RM95,000 bagi mendapatkan kenderaan jenis Toyota Alphard model tahun 2019 berharga RM180,000 dan nombor pendaftaran kenderaan khas, VVP 7.



Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah menggunakan gelaran dan kehormatan sebagai Datuk untuk tujuan keuntungan peribadi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Menteri.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara setahun hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 (1) (a) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1981 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 enakmen sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kedua-dua kesalahan dilakukan di Pejabat Speaker Dewan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Disember 2021.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dengan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Peguam Loh Chon Mee memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya sedang menghadapi perbicaraan lain di Kuala Lumpur dan Selangor, serta memerlukan perbelanjaan besar untuk rawatan dialisis dan kemoterapi.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM30,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan 7 Februari depan. – UTUSAN



 

Pemandu Toyota Alphard buli pengguna jalan raya didakwa

Pengasas Big Blue Taxi didakwa tipu pembelian Alphard, guna Datuk palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button