Penjawat awam rugi RM179,400 diperdaya Macau Scam

Penjawat awam rugi RM179,400 diperdaya Macau Scam

Penjawat awam rugi RM179,400 diperdaya Macau Scam

KUCHING: Seorang penjawat awam kerugian RM179,400 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam kononnya terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata lelaki berusia 40-an menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Abdul Morshidi dari Menara Telekom Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu.

“Suspek mengatakan mangsa telah mendaftar Unifi di Kota Bharu, Kelantan dan mempunyai bil tertunggak selama tiga bulan.

“Panggilan telefon kemudian disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai Sarjan Mohamad Khairul dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek mengatakan mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram bersama seorang bergelar Datuk dan memaklumkan kes diserahkan kepada Sarjan Mohamad Fitri untuk siasatan lanjut.

Suspek mengatakan akan membantu mangsa membayar wang jaminan dan mengarahkan mangsa membuat bayaran ke beberapa akaun bank bagi tujuan terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mangsa melakukan 14 transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM179,400 ke empat akaun bank atas nama individu berlainan antara 13 Oktober hingga 19 Disember 2022.

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal menghubungi Sarjan Mohamad Fitri dan nombor telefon mangsa telah disekat.

Orang ramai dinasihatkan dapat mengawal diri dan tidak mudah panik sekiranya menerima panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka dari mana-mana jabatan kerajaan, institusi kewangan, syarikat insurans, syarikat penghantaran dan sebagainya.

“Orang ramai juga diingatkan tidak memberikan maklumat perbankan seperti nombor akaun, nombor kad Mesin Pengeluaran Automatik (ATM), nombor pin dan kata laluan perbankan dalam talian kepada mana-mana individu yang tidak dikenali,” katanya.

Laporan berhubung kes itu dibuat mangsa kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

Penjawat awam rugi RM179,400 diperdaya Macau Scam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker