Pinjam along tak sampai RM1,000, faedah cecah RM19,000

Pinjam along tak sampai RM1,000, faedah cecah RM19,000

Pinjam along tak sampai RM1,000, faedah cecah RM19,000
Heng Hang Lim (kiri) menunjukkan video kereta keluarganya dipercayai dibakar along pada Julai lalu, manakala Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse menunjukkan laporan polis dibuat mangsa. – NSTP/MARY VICTORIA DASS

JOHOR BAHRU: Dua kereta musnah terbakar, rumah disimbah cat merah, malah sudah membayar RM16,500 bagi pinjaman yang asalnya didakwa tidak sampai RM1,000.

Itu antara ancaman dihadapi keluarga Heng Hang Lim, 41, daripada ceti haram selepas abang sulungnya meminjam SGD300 (RM984) daripada along pada Jun lalu.

Dia difahamkan ceti haram mendesak abangnya berusia 42 tahun berkenaan membayar pinjaman secara ansuran, iaitu SGD100 (RM328) selama 24 bulan.



“Bagaimanapun abang hanya bayar sebahagian wang diminta dan kemudian, keluarga kami yang tiada kaitan dengan urusan pinjaman itu jadi sasaran mereka.

Pinjam along tak sampai RM1,000, faedah cecah RM19,000
Kereta keluarga Heng Hang Lim musnah selepas dipercayai dibakar along. – Foto ihsan Heng Hang Lim

“Saya, isteri bersama dua anak serta seorang anak saudara tinggal bersama di kediaman keluarga di Taman Medan Jaya, Kota Tinggi. Kami teraniaya dan terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan, panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dari Singapura dan rumah diancam berulang kali.

“Pada 19 Julai lalu, kediaman kami dibaling ‘molotov cocktail’ hingga dua kereta keluarga musnah terbakar, iaitu Perodua Myvi dan Kia Carnival serta mengakibatkan kerugian RM130,000. Mujur ketika itu semua sempat menyelamatkan diri keluar rumah mengikut pintu belakang,” katanya

Ketika kejadian pada tengah malam itu, Hang Lim memberitahu, dia keluar bekerja di Singapura dan terkilan apabila dihubungi isterinya bagi memaklumkan perkara itu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya sudah buat laporan polis sebanyak tiga kali, masing-masing 19 Julai dan 16 serta 19 Disember di Balai Polis Kota Tinggi,” katanya.

Katanya, dia didesak membayar kadar faedah pinjaman didakwa mencecah SGD5,800 (RM19,000) dan tanpa berfikir panjang membuat bayaran RM16,500 pada 16 Disember lalu dengan harapan tiada lagi gangguan.

“Namun mereka tak berhenti menganiaya kami. Rumah disimbah cat 19 Disember lalu, selain ditampal notis berbaur ugutan meminta wang. Saya buat laporan polis kerana tidak mahu bertanggungjawab atas hutang abang. Saya rela memutuskan hubungan dengannya kerana tidak sanggup lagi dianiaya,” katanya.

Pinjam along tak sampai RM1,000, faedah cecah RM19,000
Rumah keluarga Heng Hang Lim disimbah cat merah. – Foto ihsan Heng Hang Lim

Hang Lim yang memiliki dua cahaya mata berusia satu dan tiga tahun, selain menyara anak lelaki abang sulungnya berusia 13 tahun dan khuatir ceti haram mengulangi perbuatan tidak bertanggungjawab, mengadu masalahnya kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Sementara itu, Jimmy berkata, kes berkaitan ceti haram kerap berulang dan masih tiada penyelesaian, malah mangsa yang diuruskannya biasanya tiada kaitan dengan pinjaman yang dibuat.

“Saya tak tolak kemungkinan sindiket ceti haram di Singapura turut ada kaitan dengan ceti haram di negara ini. Mereka mungkin guna nombor telefon berdaftar di Singapura bagi mengelak diburu polis,” katanya berharap kegiatan sedemikian ditangani pihak berkuasa berkiatan secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan masih dijalankan.

Polis buru suspek baling bom petrol

Pinjam along tak sampai RM1,000, faedah cecah RM19,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker