Tragedi cuti sekolah, dua kanak-kanak maut kemalangan

Teluk Intan: Dua kanak-kanak maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori dan kereta di Parit 7A Sungai Manik di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, kedua-duanya yang berusia 11 tahun dan bersaudara, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Mereka sebelum itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan keluar simpang dari arah Parit 7B menghala jalan besar Sungai Manik.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, motosikal mangsa dilanggar lori dipandu lelaki, 43, yang datang dari arah Langkap ke Teluk Intan dan pelanggaran menyebabkan murid Darjah Lima itu tercampak ke laluan bertentangan.



“Sebuah kereta Proton Waja dipandu lelaki 29 tahun yang tidak sempat mengelak kemudian melanggar kedua-dua mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Teluk Intan, manakala dua pemandu tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa adalah sepupu dengan seorang menetap dan bersekolah di Klang, Selangor pulang bercuti, manakala seorang lagi berasal dari Labu Kubong, Chenderong Balai.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker