Ada pemilihan UMNO atau tidak , itu urusan UMNO , bukan urusan pihak luar.

Oleh Adam Malik

Sebagai parti yang sangat berpengaruh , pemilihan kepimpinan UMNO tentu sekali akan cuba dicampurtangan oleh banyak pihak.

Ini kerana siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO akan menjadi orang terpenting dalam hal negara.



Pemilihan UMNO kali ini bukan sahaja menjadi isu ‘survival’ kepada Presiden UMNO atau Timbalan nya, tetapi juga menjadi isu hidup dan mati juga kepada individu seperti Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Selain itu Anwar Ibrahim juga terpalit sama dalam hal pemilihan pemimpin UMNO.

Jika UMNO bertukar kepimpinan dan teraju kepimpinan jatuh ke pihak “Kluster Broker” misal nya , maka lanskap kepimpinan negara juga mungkin berubah.

Pasti pihak atau golongan yang digelar “Kluster Broker” akan cuba menyelamatkan kedudukan mereka dan sekutu mereka dari didakwa.



Selain itu projek projek mega seperti projek telcos 5G , tebatan banjir dan lain lain seperti perbelanjaan RM90 bilion Ketika darurat akan dihentikan siasatan.

Maka , pasti sekali akan ada campurtangan pihak luar seperti Tun Mahathir , Tun Daim dan juga Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan tengkok masing masing demi mempengaruhi keputusan menjadi ‘favorable’ kepada mereka.

Sejak kebelakangan ini , pihak luar UMNO sedang giat menghasut dan memberi tekanan supaya diadakan pemilihan jawatan “top 2” UMNO.

Ini dipercayai cubaan untuk membantu pihak luar yang mahu mengawal UMNO supaya UMNO berjaya mengadakan pemilihan.



Selain itu juga sudah muncul beberapa pandangan dan tulisan para penganalisa politik yang mempromosikan supaya diadakan pemilihan.

Kerja menghasut ini untuk mempengaruhi minda orang UMNO supaya mendesak diadakan pemilihan.

Antara alasan diberi seperti , amalan demokrasi , sudah tiba waktu untuk menukar Presiden dan sebagai nya.

Cuma yang mereka tidak ceritakan ada lah cubaan pihak luar untuk mengodam UMNO.



Mereka juga tidak cerita berkenaan ancaman orang ‘desperado’ seperti Tun Mahathir, Muhyiddin yang ketakutan akan didakwa jika Presiden UMNO sedia ada Ahmad Zahid Hamidi masih bersama Anwar Ibrahim .

Macam macam boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri dari kempimpinan sedia ada .

Paling di takuti oleh Mahathir ada lah jika Anwar Ibrahim mahu melaksanakan ‘reform’ terhadap judisiari dan sistem penghakiman.

Mahathir juga amat takut pada kes kes seperti rasuah Zeti dan Nazlan dibuka.



Tiada lojik akal jika kes rasuah terbesar negara masih belum dibuka buka lagi dan apa jawapan yang mampu di beri atas hal ini.

Maka, mendominasi kepimpnan UMNO ada lah satu cara untuk mengekang Anwar Ibrahim.

Dengan menukar kepimpinan puak luar ini berharap Anwar dapat dijinak kan dan di bawa ke meja rundingan dengan satu ‘set’ kepimpinan baru UMNO.

Maka , bukan lah sebab Presiden yang bermasalah tetapi pihak lain yang takut kepada Presiden UMNO sedia ada  yang bermasalah.



Namun, apa pun keadaan UMNO tidak perlu dipengaruhi pihak luar yang berkepentingan.

Sama ada buruk atau baik keputusan UMNO, biar lah ahli UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi  yang buat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh pihak luar yang mahu ‘remote’ pemimpin UMNO seperti sebelum ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button