Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing

Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing

Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing
SEORANG lelaki menunjukkan lokasi bayi baru lahir yang ditemukan di kawasan kolam pancing Barokah Sekopek.-AGENSI

JAWA TENGAH: Penduduk di daerah Mijen di Jawa Tengah dikejutkan dengan penemuan bayi yang masih bernyawa walaupun sudah dihurung semut berhampiran sebuah kawasan kolam pancing terkenal kelmarin.
Advertisement

Bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat kesan darah dan lendir di kepalanya ketika ditemui penduduk.

“Tali pusatnya sudah dipotong ketika ditemukan,” jelas Ketua Polis Mijen, Kholid Mawardi.



Ads by Kiosked
Jelas Kholid, bayi itu ditemukan dua lelaki ketika mereka membantu sebuah kereta yang rosak di hadapan kolam memancing Barokah Sekopek.

“Ketika sedang memberikan bantuan, dua lelaki berkenaan secara tidak sengaja terlihat ada bayi yang dibungkus dengan kain berwarna coklat dan sudah dikerumuni puluhan semut-semut halus.

“Melihatkan bayi tersebut masih hidup, mereka bergegas memanggil orang ramai berhampiran dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Bayi itu dilaporkan dibawa ke pusat kesihatan masyarakat di Karangmalang untuk menerima rawatan lanjut dan polis masih menjejak individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu.-AGENSI



Kek Sarang Semut Yang Legend

Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker