Dua sahabat maut, dua cedera kereta terbabas

Dua sahabat maut, dua cedera kereta terbabas
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbabas di Plaza Tol Lima Kedai, Iskandar Puteri, awal pagi ini. NSTP/Ihsan Bomba

Dua sahabat maut, dua cedera kereta terbabas

ISKANDAR PUTERI: Dua daripada empat sahabat maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di Plaza Tol Lima Kedai di sini, awal pagi ini.

Dua mangsa yang maut dikenali sebagai E Thiban, 25 dan A Taniesrao, 30, manakala dua lagi yang cedera, R Shantihasheelan, 26, dan R Kohlilan, 29.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert, berkata sepasukan 14 anggota dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Skudai dibantu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Iskandar Puteri serta BBP Skudai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 4.36 pagi.



Katanya, setiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati nahas membabitkan sebuah kereta Toyota Vios yang terbabas dan remuk.

“Kami menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai perubatan.

 

Dua sahabat maut, dua cedera kereta terbabas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker