Fezrul Khan Puji Lakonan Fadhil Dani [VIDEO]

“Kalau Pelakon Lain, Mau Masuk Melodi Lagi,” - Tolak Ke Dinding Sampai Frame Jatuh Atas Kepala, 

Fezrul Khan Puji Lakonan Fadhil Dani

Fezrul Khan Puji Lakonan Fadhil Dani

Baru-baru ini, nama pelakon, Fezrul Khan menjadi bualan hangat netizen selepas dia dikatakan agak berlebihan ketika melakonkan babak mencekik sehingga menyebabkan gandingannya yang juga merupakan pelakon wanita hampir lemas.

Isu cekik itu nyata mendapat liputan meluas daripada pihak media selepas pelakon wanita berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hatinya berhubung insiden ketika melakonkan salah satu babak di dalam filem bergenre seram.

Terbaru, Fezrul memuji mutu lakonan pelakon senior, Fadhil Dani ketika mereka melakonkan babak bergelut di dalam sebuah drama.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram itu, Fezrul dilihat telah menolak Fadhil ke dinding sehingga terduduk lalu sebuah bingkai gambar turut terjatuh di atas kepalanya.

 

“Kalau pelakon lain ni mahu masok Melodi lagi. Kena hempas kena baling kena cekik. Lepas tu play victim and attention. Make believe. All professional actor.

“Abang Fadhil Dani paling win. Frame jatuh atas kepala hehe. Sekarang nampak tak propaganda yahudi. Team work,” tulisnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut Fezrul lagi, memang sudah menjadi tugas para pelakon profesional bagi menampakkan sesebuah babak itu nyata tanpa dilihat seperti dibuat-buat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Fezrul dan Fadhil.

“Kalau tengok cerita orang putih atau drama Korea, sampai nak termuntah-muntah dan tak bernafas kena cekik. Ada tu sampai kene lempang dan berkesan dekat pipi. Dia rehat dan tepek ice. Itu A list actress.

“Tak boleh manja kalau betul-betul nak jadi pelakon hebat dan terbaik. Kena banyak berkorban dan kena profesional. Bukan senang nak senang. Betul tak?

“Awak selalu membawakan apa sahaja watak dengan jayanya. Memang pelakon berbakat dan budiman. Keep up the good work.

“Best cerita ni. Semua pelakon tip top.

“Mantap, inilah pelakon profesional,” antara komen-komen netizen di Instagram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekadar informasi, drama yang dilakonkan oleh Fezrul dan Fadhil yang berjudul Syurga Bukan Pilihan itu kini sedang ditayangkan di saluran Astro Prima, Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Selain Fezrul dan Fadhil, drama arahan pelakon dan pengarah, Ungku Ismail ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Nadiya Nisa, Aishah Ilias dan Neera Azizi.

 

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fezrul Khan

Fezrul Khan Tuju Dekat Siapa Tu?

Fezrul Khan Puji Lakonan Fadhil Dani


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker