Jadikan apartmen sebagai ‘perkampungan’, Imigresen tahan 425 PATI di Cheras

Jadikan apartmen sebagai ‘perkampungan’, Imigresen tahan 425 PATI di Cheras

Jadikan apartmen sebagai 'perkampungan', Imigresen tahan 425 PATI di Cheras
Antara PATI yang ditahan dalam operasi Imigresen di kawasan pangsapuri Taman Bukit Cheras awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seramai 425 warga asing ditahan dalam Operasi Sapu (Op Sapu) oleh Jabatan Imigresen di tiga pangsapuri di Taman Connought, Cheras, awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi oleh Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa Imigresen, Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan di kawasan berkenaan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin, berkata dalam operasi itu pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 600 lelaki dan wanita warga tempatan dan asing.



“Hasil pemeriksaan dan saringan membawa kepada penahanan 378 lelaki dan 53 wanita warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Nepal, Pakistan, Kemboja dan Filipina berusia antara lapan hingga 54 tahun.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah menyalahgunakan pas atau permit, tinggal melebihi masa, tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta dan Peraturan Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar


Beliau berkata semua tahanan berkenaan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan susulan dan semuanya akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1063, Akta Passport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Imigresen akan sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram, menyalahgunakan pas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di negara ini.



“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Jadikan apartmen sebagai ‘perkampungan’, Imigresen tahan 425 PATI di Cheras

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker