Bayi masih bernyawa ketika hendak dikebumi

 

Bayi lelaki pramatang itu dilahirkan tiga bulan lebih awal di sebuah kediaman di Ariquemes, negeri Rondonia pada  27 Disember tahun lalu.

Menurut laporan, pada mulanya, ibu kepada bayi itu yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun,  tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil.

Keluarganya berkata, dia pergi berjumpa dengan doktor selepas mengadu berasa kesakitan yang teruk, namun pasukan perubatan meminta dia pulang ke rumah.

Dia kemudian melahirkan anak lelaki itu tanpa bantuan perubatan.

Sejurus selepas bersalin, dia bergegas membawa bayi seberat kira-kira satu kilogram itu ke hospital di mana doktor mengisytiharkan dia dilahirkan dalam keadaan sudah meninggal dunia.

 

Seorang pengarah pengebumian yang tidak dinamakan telah dipanggil untuk mengambil bayi itu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya.

Pengarah pengebumian itu kemudiannya menyedari bayi itu mengeluarkan bunyi mengeluh dan jantungnya juga  berdegup ketika dia sedang menyediakan ‘mayat’ bayi itu untuk pengebumian. 

Bayi itu kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi, manakala keadaannya masih  belum  diketahui, manakala polis tempatan sedang menyiasat kes tersebut.

Agensi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker