BILA WANI COMEL MAHU JADI PELAKON: “DUDUK BAWAH ASYIK KENA PIJAK, KENA UPGRADE”

“Kita ni daripada duduk bawah asyik kena pijak, kita kena upgrade. Kita datang sini untuk casting. Tak apalah, mana tahu ada rezeki. Daripada orang pijak-pijak kita buat kita macam tak ada harga diri, baik kita datang sini, baru orang hargai kita,” ujar wanita yang mengalami masalah berat badan, Wani Comel menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Selepas terpalit dengan kontroversi mengaitkan dirinya dengan usahawan kosmetik berkaitan perjanjian duta produk kurus, Wani kini mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon pula. Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dilihat menghadiri satu sesi uji bakat lakonan di sebuah syarikat produksi, Metrowealth.

Bahkan, sesi uji bakat itu juga disertai bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Kak Mel yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan umum selepas mendakwa dirinya dibuang kerja.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, pemilik produksi tersebut, David Teo turut mengalu-alukan kedatangan Wani: “Semoga kita dapat bekerjasama untuk berikan watak-watak untuk awak. Kita akan cari watak komedi untuk Wani,” katanya.

Pada masa sama, Wani turut menjelaskan dia tidak kisah dengan yang akan diberikan kepadanya: “Ikutlah (watak) apapun, janji jangan jadi pencacai sudah,” tuturnya yang sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas bersuara berhubung isu tuntutan pembayaran yang dibuat ke atas Aliff Syukri setelah mendakwa dirinya dianiaya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

MASUK WAD – WANI COMEL KENA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker