Warga asing ditahan cabul rakan sekerja

Oleh – Syeikh Baran


Warga asing ditahan cabul rakan sekerja
Gambar Hiasan

Seorang lelaki warga asing diberkas polis selepas bertindak mencabul seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah premis sekitar Taman Permata, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wanita tempatan berusia 32 tahun itu membuat laporan pada pukul 4.45 petang.

Difahamkan, mangsa telah didatangi suspek yang bertanyakan mengenai berat badannya selepas habis waktu bekerja.

“Suspek yang merupakan rakan sekerjanya telah bertindak memeluk mangsa dari belakang sambil mengangkat, mencium pipi lalu tangannya meraba-raba badannya.

“Suspek juga cuba untuk mencium mulut mangsa ketika kejadian di bahagian stor simpanan sejuk beku premis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Azam, pihaknya berjaya menahan suspek yang berusia 27 tahun pada pukul 2.30 petang semalam.

“Hasil ujian air kencing terhadap adalah negatif dadah. Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang telah dibenarkan selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker