Semua pemimpin umno tidak bersalah atas kes rekaan dan persepsi oleh kerajaan Mangkuk hayun

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan.

Tertuduh, Talib Ali, 69, yang juga peniaga kedai runcit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Talib didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tujuh bulan di sebuah kedai di daerah ini, jam 5 petang pada 31 Disember 2022.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.



Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker