‘Ini perbuatan paling kejam’

‘Ini perbuatan paling kejam’

'Ini perbuatan paling kejam'
DEAIRA Summers cedera di belakang badan, kaki dan tangan. FOTO Agensi.

Detroit: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Michigan, Amerika Syarikat (AS) berdepan tuduhan melakukan serangan kejam dan mendatangkan kecederaan, selepas menyimbah asid ke arah rakan sekolahnya.

Perbuatan dilakukan di taman permainan berhampiran rumah mangsa, Deaira Summers di Detroit, minggu lalu.

Ketika kejadian Deaira sedang bermain bersama adik-beradiknya dan sepupu apabila menjadi mangsa suspek yang dikatakan bergaduh dengan ahli keluarganya.



Ibu Deaira, Dominique Summers berkata, anaknya menderita lecur tahap dua di belakang badan, kaki dan tangan.

“Saya merasakan ini perbuatan paling kejam boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, terutamanya apabila dia hanyalah pemerhati yang tidak bersalah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




“Saya harap dia (suspek) dapat apa yang dimahukan dan mereka semua dapat apa sepatutnya,” kata Dominique kepada CNN.

Menurutnya, Deaira kini mengambil masa dua jam untuk bersiap pada setiap pagi berbanding selalunya 20 minit sahaja.

“Untuk memberinya ubat juga mengambil masa dua jam,” katanya.

Pejabat Pendakwa Daerah Wayne berkata, suspek hadir di mahkamah pada 11 Julai lalu untuk pendengaran dan dilepaskan dengan jaminan bon $10,000 (RM45,610).



Pendakwa raya Kym L Worthy menyifatkan kes itu ‘sangat membimbangkan’.

“Tindakan mengerikan yang diambil (suspek), memberi kesan sepanjang hayat kepada orang lain,” katanya.

‘Ini perbuatan paling kejam’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading