Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

Bahang pemilihan UMNO semakin panas.

Yang hampir pasti bertanding bagi jawatan presiden UMNO adalah penyandang jawatan sekarang, DS Zahid Hamidi dan akan dicabar oleh Hishamuddin Hussien.

Beberapa kempen dan gerakan untuk menumbangkan Zahid sedang rancak dijalankan.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/01/04/kluster-pengkhianat-lancarkan-kempen-asal-bukan-zahid-secara-senyap/

Alasan mereka mahu DS Zahid ditumbangkan ialah kerana kekalahan UMNO paling besar dalam sejarah parti tersebut.

Beberapa Ketua UMNO Bahagian dilaporkan telah bersama-sama menjayakan kempen tersebut.

Persoalannya, adakah alasan Ketua Bahagian UMNO yang menjayakan kempen tersebut benar-benar kerana kekalahan UMNO dalam PRU 15 atau ada sebab musabab yang lain?

Sekiranya difikirkan secara rasional, kekalahan UMNO dalam PRU 15 tidak boleh diletakkan di atas bahu kepimpinan tertinggi UMNO sahaja.

Penyumbang utama kekalahan UMNO sebenarnya sikap majoriti Ketua Bahagian UMNO yang melakukan sabotaj dalaman.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/31/sabotaj-dalaman-punca-sebenar-kekalahan-umno-dalam-pru-15/

Prinsip Demokrasi Mesti Di Junjung Di Setiap Peringkat

Veteran UMNO, DS Kamal Amir, mendedahkan alasan sebenar Ketua Bahagian UMNO yang melancarkan kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap.

Tonton di sini:

https://www.facebook.com/100031783586310/videos/563198985330391/

Menurut Amir Hijaz, sebenarnya Ketua Bahagian UMNO bimbang dengan kedudukan mereka sebagai Ketua Bahagian.

Ini adalah kerana, kebanyakan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri di peringkat bahagian sudah melebihi had umur untuk mempertahankan jawatan mereka.

Ketua Pemuda dan Ketua Puteri peringkat bahagian juga marah dengan Ketua Bahagian UMNO yang melakukan sabotaj dalaman ketika PRU 15.

Dan kini di peringkat bahagian, sudah wujud gelombang untuk menyingkirkan Ketua Bahagian UMNO yang menjadi pengkhianat.

Mereka cuba memujuk DS Zahid supaya menasihati Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian agar tidak bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian dan Ketua Wanita.

Namun, DS Zahid menolak dengan alasan UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.

Penulis bersetuju dengan alasan itu kerana untuk mendemokrasikan UMNO, ianya mestilah meliputi semua peringkat.

Dari peringkat akar umbi, hingga peringkat pusat.

Cuma nasihat penulis kepada Ketua Bahagian UMNO yang selama ini menjadi pengkhianat, adalah lebih baik berundur diri dari menanggung aib sepanjang hayat.

 

Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker