Benfica berang Chelsea cuba ‘pancing’ Fernandez

LISBON: Jurulatih Benfica, Roger Schmidt berkata kelab itu tidak mahu menjual bintang Piala Dunia Argentina, Enzo Fernandez lebih rendah daripada klausa pelepasannya di sebalik laporan minat ditunjukkan Chelsea.

“Ada kelab yang mahukan pemain kami,” kata Schmidt tanpa menamakan Chelsea.

“Mereka tahu bahawa kami tidak mahu menjual pemain, mereka cuba mendapatkan pemain itu di pihak mereka “dengan wang yang banyak.”

Fernandez, menyertai Benfica dari River Plate pada musim panas dengan harga pelepasan 120 juta euro (RM555.42 juta) dalam kontraknya, dan kelab yang berminat didakwa cuba mengelak membayar harga berkenaan.

“Mereka mahu membuatkan pemain gila dan kemudian berpura-pura boleh membayar klausa berkenaan dan kemudian mereka mahu berbincang.

“Mereka cuba membuatkan pemain itu menyebelahi mereka. Ia tidak menghormati kami, menentang Benfica dan saya tidak boleh terima apa yang mereka lakukan.

“Ada banyak wang perlu dikeluarkan. Ia sedikit memeningkan anda,” kata Schmidt mengenai pemain itu yang tidak menyertai latihan dan menyambung cuti di Argentina.

Pemain berusia 21 tahun itu diundi sebagai pemain muda terbaik Piala Dunia selepas cemerlang bersama pasukannya di Qatar.

Chelsea pula bergelut musim ini di bawah kendalian pengerusi baharu, Todd Boehly selain pemilik bersama Behdad Eghbali.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker