Gagal pilih calon Speaker: Biden anggap peristiwa memalukan

Gagal pilih calon Speaker: Biden anggap peristiwa memalukan

Gagal pilih calon Speaker: Biden anggap peristiwa memalukan
JOE BIDEN

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menganggap kesukaran parti Republikan yang merupakan parti majoriti Dewan Perwakilan AS untuk memilih Speaker mereka sejak Selasa lalu sebagai sesuatu yang memalukan.

Biden berkata, satu dunia menyaksikan peristiwa tersebut dan hebat memperkatakannya.

“Saya memikirkannya sebagai satu kejadian kecil yang memalukan selain mengambil masa terlalu lama dalam tempoh berunding antara satu sama lain, katanya kepada pemberita.

Parti Republikan memenangi majoriti dalam Dewan Perwakilan AS pada pilihan raya November tahun lalu.

Namun, parti itu dikatakan mengalami perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin kanannya.

Pemimpin Republikan, Kevin McCarthy tidak menang majoriti dalam lima undian sejak undian dilakukan Selasa lalu.

Peristiwa itu menjadi pertama kali dalam sejarah AS sejak 1923 iaitu dewan perwakilan tidak berjaya memilih Yang Dipertua dalam undian pertama.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, Republikan tidak seharusnya mempersoalkan model demokrasi yang dipromosikan oleh Biden di pentas dunia sejak mengalahkan Donald Trump.

“Mesej kami tidak pernah menyatakan bahawa demokrasi itu kemas atau demokrasi itu lancar dari segi operasinya,” ujarnya.-AFP

Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .

Gagal pilih calon Speaker: Biden anggap peristiwa memalukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker