Kanak-kanak derita lebih sejam selepas bibir tersepit

Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki menderita lebih satu jam selepas bibirnya tersepit penutup botol sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu pada mulanya dibawa ke sebuah klinik di Jalan Jelatek di sini, sebelum pihak klinik menghubungi JBPM untuk bantuan.

Komander Operasi, Mohd Rusdi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 10 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dikejarkan ke klinik berkenaan.



“Kami dapati bibir kanak-kanak itu tersepit penutup botol dan membengkak.

“Kami menggunakan peralatan khas ‘mini grinder’ untuk mengeluarkan penutup botol daripada bibir kanak-kanak itu dengan selamat,” katanya pada kenyataan.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker