Melaka negeri pertama adakan PRK?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


 

Melaka negeri pertama adakan PRK?



Gempar apabila ada desas-desus menyatakan Melaka akan jadi negeri pertama mengadakan PRK -Pilihanraya Kecil, selepas PRU15.

Menurut beberapa sumber, PRK di Melaka ini bakal terjadi kerana ada salah laku dan melanggar peraturan SPR yang telah dilakukan calon dari sebuah parti.

Semua bukti kukuh yang menjurus kepada salahlaku tersebut telah diperolehi dan akan dijadikan bahan bukti di Mahkamah kelak.

Ini akan menyebabkan seorang Ahli Parlimen kehilangan kelayakan beliau selaku Ahli Parlimen sekaligus menyebabkan berlakunya PRK.



Difahamkan Ahli Parlimen tersebut pernah menjadi Timbalan Menteri sebelum ini. Beliau juga merupakan bekas ketua sayap sebuah parti politik sebelum memilih untuk bertukar ke parti lain selepas menang PRU14.

Pada PRU15, ahli parlimen tersebut telah menang dengan majoriti agak besar menewaskan calaon-calon lain yang bersaing dengannya.

Seandainya benar dakwaan salah laku tersebut, jelas sekali slogan yang di bawa parti itu hanyalah retorik semata-mata. Parti yang sering mengaku menentang amalan rasuah rupa-rupanya adalah parti yang banyak memberi rasuah kepada pengundi agar memilih mereka.

Menariknya, sekiranya PRK diadakan, nama-nama besar politik Melaka dijangka akan dijadikan calon terbaik untuk dijadikan wakil rakyat baru di Parlimen tersebut.



Kalau benar Mahkamah melucutkan kelayakan ahli parlimen itu, nama-nama besar akan ditampilkan sebagai calon untuk pengundi sendiri memilih siapakah wakil rakyat mereka yang baru.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button