Pemain kantoi seludup 100kg dadah

Paris: Pemain bola sepak dan teman wanitanya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle selepas cuba menyeludup 100kg kokain dalam bagasi mereka, menurut laporan semalam.

Jean-Manuel Nedra, 29, beraksi untuk kelab Aiglon du Lamentin di divisyen pertama Martinique.

Menurut kenyataan kelab kepada media tempatan: “Tanpa mengetahui tahap pembabitannya, kami difahamkan seorang daripada pemain kami di tahan di Roissy selepas terbabit penyeludupan dadah.



“Marilah kita lebih kuat daripada sebelum ini dan bersatu serta terus mendidik menerusi sukan, melindungi dan menyedarkan golongan muda supaya terhindar dengan aktiviti jenayah.”

Dia didakwa menaiki pesawat atas kapasiti peribadi ketika ditahan. Nedra, pemain tengah turut beraksi untuk Martinique di peringkat antarabangsa dan tampil kali pertama untuk wilayah Perancis itu pada 2012.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button