Peragut beg tangan wanita dipenjara 30 bulan

Peragut beg tangan wanita dipenjara 30 bulan

Peragut beg tangan wanita dipenjara 30 bulan

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana meragut beg tangan seorang wanita di hadapan sebuah hotel di sini, November lalu.

Hakim, Siti Aminah Ghazali, menjatuhkan hukuman itu ke atas Hafiz Said, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan samun ke atas seorang wanita berumur 41 tahun dengan mengambil beg tangan mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad Maybank, telefon bimbit jenis Samsung, kunci rumah, kunci motosikal dan wang tunai RM50.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah hotel di Jalan Sarikei Setapak, di sini pada 3.40 pagi, pada 28 November lalu.



Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebatan.

Mahkamah memerintahkan lelaki terbabit menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 10 Disember lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang menaiki motosikal meragut beg tangan mangsa mengandungi barangan tersebut di hadapan hotel berkenaan sebelum tertuduh ditangkap di sebuah rumah di Taman Gembira, di sini pada 10 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam, Tai Zee How. – BERNAMA



Peragut ditahan sehari selepas video tular

Peragut beg tangan wanita dipenjara 30 bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker