Rita Rudaini akan tuntut di akhirat – “Sebesar kuman saya tak halalkan”

Netizen sebak tengok ‘handle’ anak seorang diri

Rita Rudaini akan tuntut di akhirat – “Sebesar kuman saya tak halalkan”
Rita Rudaini akan tuntut di akhirat - “Sebesar kuman saya tak halalkan”
Rita membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
Rita Rudaini akan tuntut di akhirat - “Sebesar kuman saya tak halalkan”
Rita bersama Rayyan dan Arjuna.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sebak melihat pengorbanan Rita membesarkan dua anaknya itu sampai ada di antara pengikutnya mengungkit kehidupan mereka tanpa bapa di sisi iaitu, pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Membalas komen netizen yang memetik nama Aidil, Rita memberitahu dia tidak akan menghalalkan apa yang dilakukan bekas suami dan keluarganya terhadap mereka tiga beranak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kata Rita, mereka akan menuntut balasan ‘di sana’ kerana menganggap perbuatan yang dilakukan terhadap mereka sangat kejam.

“Biarkan mereka seronok di dunia, sebesar kuman saya tak halalkan apa dia dan keluarga dia termasuk yang bersubahat buat pada kami tiga beranak.

“Kami tunggu ‘di sana’ sahaja. Apa yang mereka buat ini terlalu kejam. Orang luar tak tahu cerita-cerita dalam,” ujarnya.

Rita Rudaini akan tuntut di akhirat - “Sebesar kuman saya tak halalkan”
Rita sudah bergelar ibu tunggal selama 10 tahun.

Dalam pada itu, ramai turut memuji aktres itu yang disifatkan sebagai tabah mendidik anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.

“Tahniah Rita. Terus kuat, awak seorang ibu yang hebat. Semoga Allah sentiasa melindungi kehidupan awak sekeluarga.

“Kita pula yang sebak, faham sangat jadi ibu tunggal yang bela anak-anak sendiri sampai besar,” tulis netizen.



Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.

Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran [VIDEO]

Rita Rudaini akan tuntut di akhirat – “Sebesar kuman saya tak halalkan”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker