SPA nafi sebarkan maklumat calon

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menafikan tindakan memberi maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan.

SPA dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya tidak menjalin sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak yang menawarkan pekerjaan bagi pihak SPA.

Tambahnya, pihak SPA menerima aduan mengenai agensi yang menawarkan pekerjaan menerusi aplikasi Whatsapp.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu membuat hantaran mesej kepada mangsa yang mendakwa mendapat nombor telefonnya daripada SPA.



“Dalam pada itu, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bahawa wujud platform media sosial lain yang turut digunakan bagi menjalankan kegiatan ini.

Justeru, pihaknya ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penipuan terbabit,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker