Zainal Abidin, Fina Jebat bernikah?

KUALA LUMPUR : Adakah jurulatih berpengalaman yang dikatakan berkahwin dengan adik selebriti adalah Datuk Zainal Abidin Hassan?

Perkara terbabit menjadi perbualan hangat di media sosial terutama di beberapa portal yang ‘memetik’ nama bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita berusia 29 tahun.

Malah, dikatakan wanita terbabit adalah adik kepada Ayda Jebat iaitu Fina Jebat yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti televisyen swasta.

Walaupun tiada pengesahan atau pengakuan daripada kedua-dua pihak, netizen dan beberapa portal sukan serta hiburan memberi bayangan individu yang dimaksudkan adalah Zainal Abidin dan Fina.



Netizen turut membuat ‘kerja rumah’ apabila menyelongkar profil kedua-dua individu terbabit bagi mencari bukti perkahwinan yang dikatakan berlangsung, baru-baru ini.

Namun, tinjauan Arena Metro di Instagram (IG) milik Fina mendapat dia tidak memuat naik sebarang gambar atau kenyataan yang boleh mengaitkannya dengan perkahwinan bersama Zainal Abidin.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an membuktikan beliau masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita dikahwini itu bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.



Menurut sumber, pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Mengikut rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

HM Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker