7,000 bayi Indonesia maut setiap tahun akibat kekurangan pakar jantung

7,000 bayi Indonesia maut setiap tahun akibat kekurangan pakar jantung

7,000 bayi Indonesia maut setiap tahun akibat kekurangan pakar jantung
HANYA 10 hospital yang boleh melakukan pembedahan jantung terbuka di Indonesia.-AGENSI

 

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 7,000 bayi di Indonesia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit jantung kongenital yang berpunca daripada kekurangan pakar kardiologi dan kekangan kapasiti untuk pembedahan jantung.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, lebih 48,000 bayi dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital setiap tahun manakala 25 peratus atau sekitar 12,500 bayi berada dalam keadaan kritikal.

“Terdapat sekitar 4.8 juta bayi yang dilahirkan di Indonesia setahun. Saya mendengar daripada pakar kanak-kanak bahawa satu daripada 100 kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital.



“Selain kekurangan doktor pakar jantung, hospital pula hanyasatu daripada 100 kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital. mampu melaksanakan sekitar 5,000 pembedahan, apatah lagi perlu menunggu lama untuk perkhidmatan tersebut,” katanya ketika menghadiri Sidang Akhbar Program Kerja 2023 Kementerian Kesihatan kelmarin.

Jelas beliau, sekitar 40 hospital kerajaan sahaja yang mempunyai makmal untuk mendiagnosis penyakit jantung dan saluran darah manakala hanya 10 hospital yang boleh melakukan pembedahan jantung terbuka di Indonesia.

“Indonesia seharusnya mampu memberikan perkhidmatan terbaik terutama selepas 77 tahun merdeka.

“Saya amat kesal dan bersimpati dengan nasib anak-anak kita ini. Perkhidmatan jantung berasaskan kompetensi tidak begitu meluas dan seimbang di Indonesia,” ujarnya.



Justeru, tambah Budi, Kementerian kesihatan kini akan menumpukan kepada peningkatan keupayaan perkhidmatan serta memastikan setiap infrastruktur yang dibuat mencukupi untuk menjamin kesihatan awam pada masa hadapan.

“Perkhidmatan pembiayaan hospital telah diselesaikan oleh Badan Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Sosial (BPJS Kesihatan).

“Selepas menyelesaikan masalah permintaan dengan perlindungan BPJS Kesihatan, kami kini perlu memastikan infrastruktur kesihatan yang cukup lengkap dapat disediakan,” katanya.-AGENSI

Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

7,000 bayi Indonesia maut setiap tahun akibat kekurangan pakar jantung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker