BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang

BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang

BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang

Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan menarik sokongan daripada Kerajaan GRS Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar Raden, dalam satu sidang media yang diadakan lewat malam tadi.

Antara alasan yang diberikan adalah kerana pengerusi GRS itu melanggar perjanjian antara BN dan PN yang dimeterai selepas PRN Sabah 2020.



“Penubuhan kerajaan negeri Sabah sekarang adalah hasil persefahaman termeterai antara parti BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti komponen PN selepas PRN Sabah ke-16”.

“Persefahaman politik tersebut menyebut ADUN BN, Umno akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Hajiji untuk dilantik sebagai ketua menteri Sabah”.

“Dan pelantikan ahli Jemaah Menteri serta lantikan pengerusi GLC negeri daripada BN, Umno seperti termaktub dalam perjanjian persefahaman politik dihormati”.

“Persefahaman politik tersebut telah dicabuli oleh Hajiji apabila beliau bertindak memecat Salleh Said Keruak daripada jawatannya sebagai pengerusi Qhazanah Sabah Berhad”.



“Ia dilakukan tanpa berunding dengan pengerusi BN Sabah”.

“Hajiji juga bertindak mengumumkan bahawa satu rombakan Jemaah Menteri akan dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan kami”.

“Hajiji juga tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk terus kekal sebagai ketua menteri susulan tindakannya keluar daripada PPBM, baru-baru ini”.

“Mengikut Perlembagaan Negeri 6 (3), beliau tiada kelayakan lagi untuk menjadi ketua menteri”.

“Hajiji tidak berparti, dia bernaung bawah GRS dan adalah gabungan”.

“BN/UMNO akan menyembah maklum kepada YDP Negeri Sabah untuk melaksanakan fungsi selaku Ketua Negeri dengan menyemak pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah,” jelas Bung Mokhtar.

Dengan penarikan sokongan BN Sabah dari kerajaan GRS Sabah, apakah peralihan kuasa akan berlaku melalui Surat Akuan Bersumpah ADUN Sabah?

Atau Sabah akan menjadi negeri pertama yang akan mengadakan PRN selepas PRU 15?

 

BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker