Dua kilang peleburan sisa terjadual haram disita

Dua kilang peleburan sisa terjadual haram disita

Dua kilang peleburan sisa terjadual haram disita
Teh Kok Lim bersama Rosli meninjau keadaan kilang peleburan logam dari sisa e-waste di Kampung Bekor, di sini yang dikenakan tindakan penahanan operasi atau sitaan kelengkapan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam selepas didapati beroperasi secara haram. – Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini

KUALA KANGSAR: Dua kilang peleburan logam sisa buangan elektrik dan elektronik (e- waste) di Kampung Bekor, di sini, dikenakan tindakan sitaan kelengkapan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam selepas didapati beroperasi secara haram sehingga didakwa menjejaskan kesejahteraan penduduk berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim, berkata tindakan itu dilakukan selepas JAS Perak menerima aduan penduduk berhubung pencemaran bau busuk dari satu daripada kilang terbabit yang mengeluarkan asap tebal dan didakwa turut menyebabkan pedih mata serta tekak.

Beliau berkata, difahamkan kilang yang memproses sisa terjadual SW 110 terbabit beroperasi sejak empat bulan lalu.



Katanya, pihaknya melakukan kerja risikan bermula 29 November lalu, sebaik menerima aduan orang awam yang memaklumkan kilang berkenaan hanya beroperasi pada waktu malam sehingga hujung awal pagi.

Kok Lim berkata, anggota penguatkuasa mendapati kedua-dua kilang terbabit melanggar sekurang-kurangnya tiga Seksyen yang diperuntukkan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 membabitkan Seksyen 16, Seksyen 18, Seksyen 19, dan Seksyen 34A (2) iaitu termasuk kerana kedua-duanya tidak mengemukakan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, operasi bersepadu bersama beberapa agensi yang dijalankan semalam mendapati pihak yang menguruskan kedua-dua kilang berkenaan gagal dikenal pasti namun masih terdapat bukti pengoperasiannya ditinggalkan, termasuk fasiliti, peralatan serta bahan mentah serta yang siap diproses.

“Individu yang menguruskan kedua-dua kilang itu sudah tiada di situ, yang ada tinggal bukti seperti dapur pembakaran, bahan mentah, dan beberapa fasiliti lain. Hasil siasatan mendapati premis ini menjalankan aktiviti peleburan dipercayai tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).



“Jadi kerja seterusnya adalah untuk memastikan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta polis memantau kawasan ini sehingga tindakan selanjutnya dapat diambil,” katanya kepada pemberita yang turut menyertai operasi, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JAS Perak, Rosli Zul dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Dr\ Hashim Bujang.

Katanya, satu daripada kilang berkenaan iaitu di Kampung Bekor didirikan dalam kawasan yang bukan diwarta sebagai kawasan perindustrian, sebaliknya wujud dalam kawasan tanah pertanian tanaman kelapa sawit yang terpencil iaitu kira-kira dua kilometer dari jalan utama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, susulan itu semakan akan dibuat dengan bantuan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Kangsar bagi mengenalpasti pemilik asal tanah termasuk kaitannya dengan pengusaha premis kilang itu.

Kok Lim berkata, tiada kompromi dalam isu terbabit dan pihaknya akan memastikan kilang itu disita serta dirobohkan, malah pemiliknya tidak akan dapat mengoperasikan kilang seumpamanya secara haram di lokasi lain.

“Bagaimanapun, tindakan menyita keseluruhan kilang ini perlu melalui proses mahkamah dan buat masa ini polis akan memantau kawasan kilang ini untuk memastikan ia tidak beroperasi sehingga selesai segala tindakan dan arahan oleh mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata pada masa ini pihaknya masih menyiasat sama ada kedua-dua kilang berkenaan yang berjarak kira-kira lapan kilometer antara satu sama lain, dimiliki dan diusahakan oleh pengusaha sama, berdasarkan beberapa penemuan di tapak lokasi.

Terdahulu, media melaporkan lebih 500 penduduk hidup dalam keadaan tidak selesa apabila terpaksa menghidu asap tebal berbau busuk yang dilepaskan daripada sebuah kilang disyaki beroperasi secara haram di Kampung Bekor di sini.

Kilang logam dikompaun RM10,000

Dua kilang peleburan sisa terjadual haram disita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker