Kisah ‘Abang Kamal’ dan ‘adik manja’

Episod 1, pertemuan anak Bangsawan mencari kasih sayang

Oleh – Editor


Kisah 'Abang Kamal' dan 'adik manja'

 

Kisah dua individu yang dikenali sebagai ‘Abang Kamal’ dan ‘Adik Manja’ terlalu menyentuh hati banyak pihak.

Dikatakan Abang Kamal merupakan anak Bangsawan yang kekurangan kasih sayang dan beliau merantau ke negeri orang bagi mencari erti kasih sayang sebenar.

Pencarian itulah yang mempertemukan Abang Kamal dengan ‘Adik Manja’ di satu tempat yang sangat romantis.

Adik Manja pula merupakan seorang yang tampan dan mepersonakan setiap wanita yang memandangnya. Bagaimanapun, adik manja merasai kekosongan walau ditemani ramai wanita cantik dan menawan disekelilingnya.

Bagi adik manja, wanita bukanlah pengisi kekosongan hati yang sebenar buatnya.

Abang Kamal pula dalam pencarian kasih sebenar membawa diri dengan alasan mahu belajar berdikari walau keluarganya mampu memberikan segalanya. Bagi Abang Kamal, harta benda tidak akan dapat mengisi kasih yang didambakannya.

Satu hari, secara kebetulan, adik manja berjalan di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Ibukota England. Abang Kamal pula sedang mencari buku untuk dijadikan rujukan kuliahnya.

Takdir telah menentukan adik manja dan abang kamal bertembung di pintu sama dan mereka berlanggar tanpa sengaja. Berselerakan buku abang Kamal setelah dilanggar adik manja.

DETIK PERTEMUAN IBARAT KISAH DONGENG

“Maaf tuan….maaf saya tidak sengaja. Saya cuai dan tidak melihat keberadaan tuan tadi” kata adik manja seraya menunduk mengutip buku yang berterabur di lantai.

“Tidak apa, awak tak salah, saya yang salah sebab sedang khayal melayan perasaan sambil berjalan” kata abang Kamal.

Itulah saat pertemuan kedua mereka yang akhirnya mencipta pelbagai kenangan bersama………….

bersambung episod 2

kisah ini hanya imaginasi penulis yang menyumbang kepada portal dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, pihak MyTvOnline tidak bertanggungjawab atas semua komen pembaca.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker