Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

SPRM memohon tahanan reman selama 5 hari ke atas CEO Maju Assets Sdn Bhd untuk siasatan kerana disyaki menjadi orang tengah kepada projek runding terus era Perikatan Nasional.

Baca di sini:

https://sabahkini2.com/en/news/5294/adam-radlan-sepupu-adlan-berhan-menantu-muhyiddin-direman-sprm-dalang-projek-runding-terus-kerajaan-pn-rm925b/view



Adam Radlan Adam Muhammad juga adalah sepupu kepada menantu Muhyiddin Yasin yang menjadi perdana menteri di era Perikatan Nasional, Muhamad Adlan Berhan.

Adlan Berhan sebelum ini dikaitkan dengan Projek Bestari.net.

Beliau juga dikaitkan dengan projek rundingan terus sistem imigresen RM1.16 bilion melalui syarikat Iris Information Technology (Iris) dan S5 Holdings Incorporation (S5).

S5 Holdings Incorporation (S5) adalah sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan.



76.38% sahamnya dipegang oleh S7 Holdings Sdn Bhd, Merrington Assets Ltd (10%), MyEG Capital Sdn Bhd (10%) dan Avocat Sdn Bhd (3.62%).

Adlan Berhan merupakan pemegang saham kepada Avocat Sdn Bhd.

SPRM juga membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu.

Mereka dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.

SPRM dilapurkan akan fokus kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%.

Sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan pihak atasan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

 

Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker