2 maut terlanggar kerbau

Pekan: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi terlanggar kerbau dalam dua kejadian berasingan di daerah ini, hari ini.

Mereka yang maut ialah Mohd Azlan Abdul Aziz, 42, dan Muhammad Syafiq Al-Syahmi Suhaime, 18, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, dalam kejadian pertama di Kilometer 4 Jalan Pekan-Batu Balik, di sini, pada 12.20 tengah malam, Mohd Azlan dalam perjalanan dari arah Batu Balik menghala ke Pekan.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa terlanggar kerbau di tengah jalan sebelum terbabas jatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan.



“Berikutan kemalangan itu, mangsa yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, dalam kejadian kedua di Kilometer Kilometer 4 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, di sini, Muhammad Syafiq Al-Syahmi meninggal dunia selepas terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan pada jam 2 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari Taman Permata menghala ke Pekan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa terlanggar kerbau di tengah jalan sebelum tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.



Katanya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker