Danilo wira Juventus

Rom: Juventus melebarkan kemenangan mereka kepada lapan perlawanan berturut-turut dalam saingan Serie A selepas jaringan lewat Danilo membantu menewaskan Udinese 1-0, awal pagi tadi.

Juve yang tidak melepaskan gol sepanjang lapan perlawanan mengesahkan tiga mata pada minit ke-86 apabila hantaran Federico Chiesa disudahkan dengan cemerlang oleh Danilo yang tidak dikawal dalam kotak penalti.

Kemenangan melonjakkan Juventus ke tangga kedua dengan 37 mata daripada 17 perlawanan, empat mata di belakang Napoli yang akan berkunjung ke Sampdoria dan satu mata di depan AC Milan sebelum menentang Roma awal pagi esok.

“Kami dalam prestasi baik ketika ini tetapi masih perlu terus mengekalkan momentum,” kata pengurus Juve Massimiliano Allegri menjelang aksi getir menentang Napoli Jumaat ini.

“Kami tidak mempunyai konsentrasi yang betul ketika menentang Cremonese Rabu lalu. Tetapi lebih baik ketika menentang Udinese yang lebih kuat dan kami memiliki banyak peluang di babak kedua.

“Napoli masih pilihan memenangi Scudetto, mereka mempunyai kelebihan besar manakala kami fokus empat teratas. Kami sudah berada pada babak kedua musim ini dan kami mengharunginya dengan baik.”

Stadium sunyi seketika sebelum perlawanan bagi menghormati kematian bekas pemain Juventus Gianluca Vialli dan Ernesto Castano.

Vialli meninggal dunia kelmarin pada usia 58 tahun akibat kanser manakala Castano mati Khamis lalu pada usia 83 tahun.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker