Qistina Raisah Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Saja

Tak Pernah Ada Pengalaman Duduk Di Kantin Pun

Qistina Raisah Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Saja

Qistina Raisah Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Saja

Pelakon remaja, Nur Qistina Raisah mendedahkan dia hanya sempat menikmati alam persekolahan di sekolah selama 10 hari sahaja sebelum memilih untuk meneruskan sistem pengajian secara ‘homeschooling’.

Nur Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 15, berkata, dia memilih alternatif tersebut ketika berusia tujuh tahun susulan mahu memberi komitmen dalam lakonan pada masa sama.

“Saya belajar dari rumah sejak darjah satu. Saya hanya bersekolah (di sekolah) selama 10 hari sahaja. Kalau nak diikutkan, memang tak ada pengalaman misalnya berada di kantin sekolah. 

“Namun saya memang bercadang untuk kembali sekolah pada usia 12 tahun bagi mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?


“Kemudian saya memang rancang nak masuk (sekolak) balik akan tetapi tiba-tiba dapat pula tawaran untuk berlakon di Itali. Mungkin cikgu ingat saya pergi bercuti, jadi saya kena buang sekolah terus.

“Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja,” katanya yang kini mengambil beberapa subjek pengajian antaranya Bahasa Mandarin dan muzik (bermain gitar).

Qistina Raisah Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Saja

Tambah Nur Qistina lagi, setiap subjek yang dipelajari di rumah mengikut kelapangannya sebagai pelakon dan setiap sesi pembelajaran berkenaan akan berjalan selama empat hingga lima jam.

Ditanya sejauh mana pendiriannya di antara kepentingan akademik dan kerjaya pula, dia kini lebih selesa untuk bekerja sambil belajar.

“Saya memang menyedari akan istilah ‘beauty with brain’ dan saya sendiri ada teringin untuk sambung menyambung pengajian di luar negara contohnya. Tapi itu dulu dan kini saya fikir dan percaya Allah sudah atur perjalanan hidup.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa pengganti Muhyiddin dalam BERSATU?


“Setiap orang lain-lain mereka punya rezeki. Jadi saya rasa ini tanggungjawab saya sebagai pelakon dan saya bersyukur. Mungkin ada segelintir yang belajar tinggi susah untuk berjaya.

“Jadi saya yang sudah mulai bina nama dan karier dalam bidang ini, saya reda dan teruskan sahaja. Begitulah,” katanya lagi. 

Nur Qistina ditemui sejurus Sidang Media Filem Rahsia yang bakal ditayangkan di pawagam 10 Ogos depan.

Rahsia yang diinspirasikan daripada filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik, Pengarah Terbaik serta enam kategori Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-7 pada 1987.

Selain Nur Qistina, filem ‘reboot’ berkenaan turut menampilkan pelakon barisan pelakon lain seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.

Qistina Raisah Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Saja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker