Pecca meterai MoU dengan ACS pakar dalaman pesawat dari Perancis

Pecca meterai MoU dengan ACS pakar dalaman pesawat dari Perancis

Pecca meterai MoU dengan ACS pakar dalaman pesawat dari Perancis
Kerjasama terbaharu antara Pecca dan ACS bakal mengukuhkan lagi pengembangan syarikat dalam bidang dalaman pesawat untuk jangka masa panjang.

PETALING JAYA – Pengeluar upholsteri automotif,  Pecca Group Berhad (Pecca) melalui anak syarikat milik penuhnya, Pecca Aviation Services Sdn. Bhd.  (Pecca Aviation) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Aero Cabin Solutions SAS (ACS), pakar dalaman pesawat dari Perancis.

Kerjasama itu adalah untuk menyediakan  pelbagai penyelesaian dalaman pesawat dan perkhidmatan berkaitan, bagi memenuhi permintaan pasaran penerbangan Asia-Pasifik.

Pengarah Eksekutif Pecca, Teoh Zi Yi berkata, inisiatif usaha sama itu juga bertujuan untuk membangunkan pusat penyelesaian pesawat sehenti yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

 

Menurut beliau, pusat sehenti ini akan membekalkan sarung tempat duduk upholsteri dan mengurus, membaiki dan memperbaharui bahagian dalam pesawat untuk pelanggan dari seluruh Asia Pasifik, di bawah keupayaan yang diluluskan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).

“MoU ini merupakan langkah seterusnya dalam rancangan kami untuk meluaskan jangkauan global Pecca Aviation.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya ‘cuti sakit’ tamat, Zeti hadir ke Mahkamah


“Pecca mempunyai keupayaan yang terbukti dalam pengeluaran sarung tempat duduk upholsteri pesawat dan produk dalaman lain yang berkaitan, manakala kecekapan teras ACS melibatkan penyelenggaraan, konfigurasi semula dan pengubahsuaian keseluruhan bahagian dalam pesawat.

“Dengan kerjasama ini, kami akan dapat menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian yang komprehensif, memacu cadangan nilai kami ke pasaran penerbangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambah Zi Yi, kejayaan perkongsian strategik ini akan membolehkan syarikat menembusi pasaran upholsteri penerbangan margin yang lebih tinggi, dan mempercepatkan pertumbuhan hasil Kumpulan.

Ditubuhkan pada Mac 2003, ACS ialah sebuah syarikat Perancis milik persendirian yang mengkhusus dalam konfigurasi semula kabin pesawat komersial, pengubahsuaian tempat duduk penumpang dan pemasaran semula

ACS mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam penyelenggaraan, pengubahsuaian, reka bentuk, kejuruteraan, pensijilan dan perdagangan peralatan kabin pesawat, mengendalikan ibu pejabat seluas 7,000 kaki persegi di Lapangan Terbang Montpellier Perancis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing


Syarikat juga menyediakan pemeriksaan kabin untuk syarikat pemajakan pesawat dan syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Pangkalan pelanggan ACS termasuk syarikat penerbangan, syarikat pemajakan pesawat utama dan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) global. -KOSMO!ONLINE

Pecca meterai MoU dengan ACS pakar dalaman pesawat dari Perancis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker