ASP, sarjan, koperal kena tahan di pusat hiburan, positif syabu

ASP, sarjan, koperal kena tahan di pusat hiburan, positif syabu

https://youtu.be/8FUVwWwBpwc
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (kanan) pada sidang media di IPK Sarawak, hari ini. – NSTP/NADIM BOKHARI

KUCHING: Seorang pegawai kanan polis bersama dua anggota pasukan keselamatan itu antara 152 individu positif dadah selepas ujian saringan urin dilakukan terhadap mereka yang ditahan dalam serbuan ke sebuah sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan, di sini.

Pegawai berkenaan berpangkat Asisten Superintendan (ASP), manakala dua anggota polis itu pula, masing-masing berpangkat sarjan dan koperal. Mereka berusia 45 hingga 49 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata tiga lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dan mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



“Mereka kini ditahan tugas untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Katanya, serbuan antara jam 1.20 pagi hingga 6 pagi Ahad lalu dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Sarawak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Dalam gerakan berkenaan, seramai 204 pengunjung pusat hiburan itu, membabitkan 181 warga tempatan termasuk 59 wanita dan 23 wanita warga asing diperiksa.

“Daripada jumlah itu, seramai 152 individu berusia antara 19 hingga 54 tahun didapati positif dadah. Lapan daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

“Seramai 14 wanita warga asing yang positif dadah sudah didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di Mahkamah Majistret Kuching pada 26 Jun lalu.

“Pemeriksaan lanjut terhadap enam individu warga tempatan, termasuk seorang wanita dan seorang lagi wanita warga asing yang ditahan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 membawa kepada penemuan 12 paket jus berisi serbuk campuran dadah MDMA dianggar seberat 540 gram.



“Semua mereka berusia antara 26 hingga 42 tahun. Selain itu, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun turut ditahan kerana disyaki membekalkan dadah di pusat hiburan itu dan polis merampas 45 paket jus berisi serbuk dadah ekstasi seberat 2,085.90 gram dan 63 pil ekstasi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Katanya, semua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM197,458 dan boleh digunakan oleh 8,877 penagih.



“Polis turut menyita harta bernilai RM1.17 juta, iaitu empat kenderaan mewah, sejumlah barang kemas, lima utas jam tangan, 10 telefon bimbit, wang tunai RM30,650 serta mata wang Singapura berjumlah SGD300.

“Tujuh suspek terbabit ditahan reman lima hari mulai 25 Jun, manakala lelaki tempatan berusia 30 tahun itu direman tujuh hari sehingga 2 Julai,” katanya.

ASP, sarjan, koperal kena tahan di pusat hiburan, positif syabu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button