Kepada Sanusi MB Kedah: Cukup-Cukuplah Menipu Di Bulan Ramadhan

Kepada Sanusi MB Kedah: Cukup-Cukuplah Menipu Di Bulan Ramadhan

Kepada Sanusi MB Kedah: Cukup-Cukuplah Menipu Di Bulan Ramadhan

Mula-mula menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor kata kononnya kerajaan pusat keluarkan arahan larang beliau untuk hadir dalam LIMA’23.

Kemudian DS Zahid barkata, sepanjang yang beliau tahu, tidak ada arahan sebegitu dikeluarkan oleh kerajaan pusat.

DS Zahid mencabar Sanusi untuk menunjukkan arahan yang beliau maksudkan, sekiranya Sanusi bercakap benar.

Hari ini Sanusi cuba memutarbelitkan fakta.

Menurut Sanusi, kononnya beliau telah dihalang untuk menghadiri LIMA’23 kerana beliau sudah membocorkan rahsia kerajaan.

Menurut Sanusi, dalam satu ceramah, beliau memberitahu bahawa dalam mesyuarat pembangunan Anwar bersama menteri besar dan ketua menteri, beliau lebih banyak bersyarah.

Maksudnya Anwar tidak bincangkan secara terperinci mengenai pembangunan yang dirancang.

Jadi itu yang Sanusi dakwa sebagai telah membocorkan rahsia kerajaan pusat.

Mungkin Sanusi syok sendiri.

Kalau benar itu dianggap sebagai membocorkan rahsia, sudah pasti akan ada arahan supaya beliau disiasat.

Tambah Sanusi lagi, arahan itu adalah sulit dan tidak diedarkan kepada semua pihak.

Namun seorang daripada pegawai kanan kerajaan menunjukkan kertas arahan terbabit kepada Setiausaha Sulitnya.

Mereka sama-sama hadir dalam mesyuarat berkaitan penganjuran LIMA ’23.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1085055/alasan-larang-saya-tertulis-dalam-kertas-arahan-kabinet

Jadi, maksudnya Sanusi tidak melihat surat arahan tersebut dan membuat tuduhan hanya berdasarkan apa yang disampaikan oleh Setiausaha Sulit beliau.

Kalau benar apa yang Sanusi dakwa, pasti Setiausaha Sulit beliau kenal siapa pegawai kanan kerajaan pusat itu, dedahkanlah nama beliau.

Tidak payah berdolak dalih lagi, kalau benar memang ada araha seperti yang beliau dakwa, tunjukkan bukti.

Yang memberi maklumat kepada Setiausaha Sulit beliau sudah beliau ketahui, jadi taakan itu pun nak diajar bagaimana hendak dapatkan surat tersebut.

Itu pun kalau benar surat itu wujudlah…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker