Laporan SPRM sahkan Hakim Nazlan langgar Kod Etika Hakim 2009

Daripada hanya sebuah desas-desus kepada sebuah kebenaran yang wajib rakyat Malaysia tahu. SPRM sahkan Hakim Nazlan langgar Kod Etika Hakim 2009. Ketua Hakim dah terima namun…

SPRM pada Februari lalu memaklumkan satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

Ia sejajar dengan Laporan media pada 29 September tahun lalu, SPRM mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan hanya menunggu arahan yang akan diberikan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga mengesahkan perkara itu melalui surat SPRM bertarikh 20 Februari 2023.

Beberapa hari lalu Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kini terdedah tular dalam media sosial.

Laporan berhubung dakwaan pelanggaran kod etika hakim yang dikemukakan SPRM kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu dikongsi oleh pemilik akaun Twitter mahazalimreturn. Bagaimanapun kesahihannya belum diketuai.



Berdasarkan maklumat salinan dokumen tersebut, Ketua Pesuruhajaya SPRM mengesyorkan kepada Tengku Maimun Ketua Hakim Negara mengambil tindakan tatatertib Mohd. Nazlan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

Mohd. Nazlan merupakan hakim yang mengadili kes SRC melibatkan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan pada 28 Julai 2020.

Beliau jelas pernah berkhidmat sebagai ketua bahagian undang-undang Maybank Investment mulai 2005 hingga 2015 dan dikatakan terlibat dalam proses kelulusan pinjaman melibatkan 1Malaysia Development Berhad.

Peraturan 8(1)(a) Kod Etika Hakim 2009 menyatakan, seorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya tidak menimbulkan keraguan munasabah tentang keupayaan bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim.



Bagaimanapun kini didedahkan laporan penuh Laporan Tan Sri Azam Baki KP SPRM kepada Ketua Hakim Negara untuk tatapan rakyat Malaysia bagi mengetahui hal sebenar.

 

 



 

SEMAKAN KEHAKIMAN KES NAJIB

Semakan kehakiman Najib 31 Mac lalu mendedahkan Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Datuk Seri Najib Razak ketika ia mendengar dan menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap sabitan serta hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd apabila Najib tidak diwakili secara sah, kata hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti menolak rayuan Najib

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata, sehubungan itu beliau berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan.



Dalam alasan penghakiman bertulis setebal 78 muka surat, beliau berkata, nampak jelas baginya bahawa berlaku penyelewengan keadilan, bahawa pemohon (Najib) dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.

Beliau berkata, tidak dinafikan bekas Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan yang amat serius, tetapi adalah penting orang tertuduh diwakili secara sah bagi menjamin wujudnya keadilan terhadap proses perbicaraan atau rayuannya.

“Keadilan bukan sahaja mengenai bersalah atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga memberikannya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus berasakan bahawa dia menjalani proses perbicaraan yang adil.

“Jika dia tidak boleh dibicarakan secara adil terhadap pertuduhan yang dikenakan, dia tidak sepatutnya dibicarakan sama sekali. Menafikan tertuduh daripada perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius,” katanya dalam penghakiman minoritinya.



Hakim Abdul Rahman berkata, hanya dalam kes luar biasa, perbicaraan atau rayuan tertentu seharusnya diteruskan tanpa representasi undang-undang, tetapi dalam kes ini, tiada apa-apa yang luar biasa ditunjukkan untuk mewajarkan pendengaran rayuan utama tanpa representasi undang-undang,” katanya.

Beliau turut memetik kes Sankar v The State [1994] UKPC 1, yang menunjukkan bahawa ketidakcekapan peguam tertuduh menghalangnya daripada memperoleh perbicaraan yang adil.

Hakim itu berkata dalam kes berkenaan, Lord Woolf dalam menyampaikan penghakiman Privy Council berkata, “dalam keadaan melampau yang menyaksikan defendan dinafikan daripada perbicaraan yang adil, maka walaupun peguam belanya sendiri yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, mahkamah rayuan mungkin perlu membatalkan sabitan itu dan akan berbuat demikian jika didapati berlaku ketidakadilan.

 

“Yang Mulia Hakim itu bercakap dalam konteks kuasa mahkamah rayuan dalam mendengar rayuan daripada keputusan mahkamah perbicaraan, tetapi saya tidak nampak sebab yang sah dari segi undang-undang mengapa ia tidak boleh digunakan untuk permohonan bagi semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, kerana keseluruhan tujuan di sebalik peraturan itu adalah bagi mencegah ketidakadilan kepada mana-mana orang yang tidak mempunyai remedi berkesan lain,” kata hakim itu.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

 

 

sabahkini2.org

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button