Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui separuh bogel dalam longkang

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui separuh bogel dalam longkang

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui separuh bogel dalam longkang
Gambar hiasan

TAWAU: Mayat seorang remaja perempuan berumur 15 tahun disyaki dibunuh ditemukan dalam keadaan separuh bogel dalam longkang berhampiran ladang kelapa sawit dekat Brantian, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada pengurus ladang terbabit pada jam 2.45 petang.

Beliau berkata, siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati mayat remaja terbabit ditemukan orang awam dalam keadaan separuh bogel dengan leher dijerut serta tangan mangsa diikat.



“Terdapat juga beberapa kecederaan pada tubuh mangsa iaitu koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri dipercayai disebabkan objek keras, selain tangan dan leher diikat menggunakan pita pelekat berwarna hitam.

“Mayat remaja itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan pihak polis masih menunggu hasil laporan terbabit bagi mengetahui punca kematian termasuk sama ada mangsa dirogol atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, susulan laporan dan maklumat diterima, pihaknya berjaya menahan seorang suspek remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa adalah anak pekerja ladang warga asing dan tinggal di kawasan kejiranan sama.



“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula 5 hingga 11 Januari.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Polis kenal pasti identiti mayat lelaki bogel

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui separuh bogel dalam longkang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker