Pegangan tangan kami terlepas akibat dipukul ombak besar

Pegangan tangan kami terlepas akibat dipukul ombak besar

Pegangan tangan kami terlepas akibat dipukul ombak besar
Pasukan penyelamat membuat pencarian mangsa lemas di air dan darat di Pantai Cherating, Kuantan. NSTP/Khairulmizan Yahya

KUANTAN: “Kami berlima saling berpegang tangan sebelum dipukul ombak besar menyebabkan semua terlepas tangan masing-masing.

“Saya dan dia (mangsa) hanyut dibawa arus deras, namun saya mengapungkan diri dan berjaya selamat,” kata pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Izzuddin Hirzie Zaki, 19, menceritakan detik cemas hampir lemas ketika mandi bersama empat rakannya di Pantai Cherating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, rakannya, Adam Ridhuan Abdul Rejab, 19, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Izzuddin berkata, ketika dihanyutkan arus, dia mendengar rakannya menjerit supaya dia berenang ke tepi.

“Saya cuba bertenang dan berjaya apungkan diri sebelum kaki saya dapat berpijak pada tanah semula dan terus menyelamatkan diri.

“Sebelum itu saya sempat melihat Adam dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam dan tidak kelihatan lagi selepas itu,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Wan Riz Wan Rosdi, 19, berkata dia dan mangsa antara orang terakhir yang mahu mengikut trip beriadah di pantai berkenaan.

“Kami seramai 20 orang datang dengan empat kereta sewa untuk menghabiskan hari minggu dengan beriadah di pantai ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Perancangan untuk datang ke sini sudah dibuat rakan sejak dua minggu lalu, namun kami berdua (dengan mangsa) hanya bersetuju untuk ikut serta, semalam,” katanya.

Beliau berkata, mereka tiba di pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi selepas bertolak kira-kira jam 7 pagi dari kampus dan setiba di pantai, mereka semua bermain air.

“Kami kemudian bermain bola sepak pantai dan selepas itu mereka berlima turun semula untuk mandi laut, manakala yang lain ada yang berehat dan minum di gerai berdekatan.

“Tiba-tiba seorang daripada rakan berlari ke arah kami dalam keadaan panik dan memberitahu mangsa hilang dibawa arus.

“Kami semua cuba mencari mangsa dengan menyusur pantai, selain meminta pertolongan orang ramai, namun mangsa gagal dikesan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Operasi SAR dilakukan dengan pencarian di air membabitkan tiga aset milik JBPM, APM dan Maritim Malaysia sebelum ditangguhkan kira-kira jam 6 petang tadi dan akan disambung semula jam 8 pagi esok,” katanya.

‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Pegangan tangan kami terlepas akibat dipukul ombak besar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker