Polis kesan kanak-kanak sembur cat kereta dengan perkataan tak senonoh

Polis kesan kanak-kanak sembur cat kereta dengan perkataan tak senonoh

Polis kesan kanak-kanak sembur cat kereta dengan perkataan tak senonoh

BALIK PULAU: Polis sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menyembur cat pada beberapa kereta yang diparkir di kawasan Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya menerima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang menjadi mangsa vandalisme, apabila kenderaan mereka disembur dengan cat, yang memaparkan perkataan tidak senonoh.

Dalam satu kenyataan, hari ini, beliau berkata, perbuatan itu disyaki dilakukan oleh seorang kanak-kanak antara jam 2 hingga jam 2.30 petang, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Wan Muhammad Syamim Wan Azmi dengan menelefon 04-8662222.– BERNAMA

 

Dua lelaki Singapura kencing tepi jalan dicari

Polis kesan kanak-kanak sembur cat kereta dengan perkataan tak senonoh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker