Polis tahan 2 lelaki ugut pukul pekerja kilang guna batang besi

Polis tahan 2 lelaki ugut pukul pekerja kilang guna batang besi

Polis tahan 2 lelaki ugut pukul pekerja kilang guna batang besi
Gambar hiasan

KLANG: Tidak berpuas hati kerana dimaki hamun oleh rakan serumah, seorang pemandu van kilang bersama empat rakan dipercayai bertindak mengugut untuk memukul mangsa dengan sebatang besi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi semalam, mangsa yang juga operator kilang warga tempatan didatangi suspek yang bertindak agresif membuka pintu bilik, malah seorang suspek lagi membawa sebatang besi dan cuba memukul mangsa.

Bagaimanapun, mangsa sempat menolak suspek keluar dan kemudian mengunci pintu bilik serta menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.



Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata bertindak atas maklumat itu, pada kira-kira jam 1.35 pagi, sepasukan polis dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, membuat serbuan di tempat kejadian di Jalan Batu Nilam 13, Bandar Bukit Tinggi 1.

“Polis berjaya menangkap dua suspek warga tempatan dipercayai terbabit dalam kes ini, manakala tiga lagi suspek berjaya melarikan diri.

“Siasatan mendapati, kedua-dua suspek ditangkap berumur 23 dan 26 tahun tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Ketika tangkapan dibuat, pihak polis berjaya merampas sebatang besi berukuran 68 sentimeter yang digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Hoong Fong berkata, siasatan mendapati, punca kejadian berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa mengeluarkan perkataan kurang sopan dan juga memaki hamun kepadanya kerana lambat menghantarnya ke tempat kerja sehari sebelum kejadian.

“Suspek adalah pemandu van kilang yang ditugaskan mengambil dan menghantar pekerja kilang termasuk mangsa.

“Siasatan lanjut juga mendapati, kedua-dua suspek yang ditangkap adalah rakan serumah dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman empat hari bermula semalam hingga 9 Januari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan ugutan jenayah yang mendatangkan ketakutan menyebabkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis masih menjalankan siasatan ke atas suspek dan masih mengesan suspek yang masih bebas bagi tindakan lanjut,” katanya.

Emma Sofea telan ‘maki hamun’ kerana sikap kurang ajar

Polis tahan 2 lelaki ugut pukul pekerja kilang guna batang besi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker