Resepi German Cookies

Resepi German Cookies
Resepi German Cookies

 

German Cookies yang juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama. Biskut ini sangat disukai ramai kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut dan oleh kerana bahannya yang sedikit, rasa sedap biskut sangat dipengaruhi oleh jenis mentega yang anda gunakan. Kalau boleh guna lah mentega yang berkualiti tinggi.

Tepung kentang atau ‘potato starch’ boleh di dapati di kebanyakan kedai yang menjual barang dan perkakasan bakeri.

 

Bahan-bahan:

 

  • 125g tepung kentang
  • 80g tepung gandum atau tepung superfine
  • 125g mentega
  • 40g gula icing, ayak jika berketul

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
  5. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 1/2 jam supaya doh senang dibentuk.
  6. Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil anggran sebesar biji guli dan susun di dalam dulang. Tekan dengan garfu yang direndam di dalam air panas supaya tidak melekat.
  7. Bakar selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

 

Tip:

 

  • Biskut tidak perlu dibakar sehingga bahagian bawahnya keperangan.
  • Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar sebelum dipindahkan ke rak penyejuk biskut untuk mengelakkan bahagian bawahnya pecah kerana biskut ini sangat lembut jika masih panas.

‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Resepi German Cookies

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker