Terbabas sebelum seret kenderaan lain ke dalam parit

Terbabas sebelum seret kenderaan lain ke dalam parit

Terbabas sebelum seret kenderaan lain ke dalam parit
Keadaan Proton Preve dan Proton Saga yang terjatuh ke dalam parit di jalan besar Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam, hari ini. – NSTP/Ihsan Bomba

SABAK BERNAM: Kemalangan yang mengorbankan pemandu Proton Preve di Kilometer 41 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam, di sini, semalam dipercayai berpunca daripada kenderaan yang dipandu terbabas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata nahas yang berlaku jam 3.50 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi individu yang dikenal pasti tidak mengalami kecederaan adalah pasangan suami isteri berusia 39 dan 40 tahun yang menaiki Proton Saga.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu dari arah sama iaitu dari Sabak Bernam menuju ke Sungai Besar.

“Kemalangan berlaku ketika Proton Preve yang berada di lorong kanan terbabas lalu melanggar bahagian belakang Proton Saga di lorong kiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agus Salim berkata, Proton Preve dan Proton Saga itu kemudiannya terseret ke bahu jalan dan terbalik ke dalam parit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurutnya, pemandu Proton Preve meninggal dunia di tempat kejadian dan pasangan suami isteri dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki lemas dalam parit selepas terbabit kemalangan dua kenderaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.01 petang sebelum enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi.

Pasangan kekasih antara 6 ditahan terbabit kes pecah rumah

Terbabas sebelum seret kenderaan lain ke dalam parit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker